Perak FC tawar jutawan ambil alih pasukan

Khairul Shahril (hadapan, tengah) bersama peserta yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil ADUN yang hadir pada Taklimat Pelaksanaan Penambahbaikan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh pada Khamis.
Khairul Shahril (hadapan, tengah) bersama peserta yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil ADUN yang hadir pada Taklimat Pelaksanaan Penambahbaikan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Perak FC sedang mencari pelabur yang benar-benar berminat untuk mengambil alih pasukan tersebut.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, tawaran tersebut dikemukakan sebagai usaha menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda pasukan ketika ini.

Menurutnya, setakat ini tawaran yang diterima merupakan daripada pihak yang tidak serius untuk mengambil alih pasukan.

"Kita tawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menguruskan Perak FC ini. Kita memang tak ada kepentingan langsung untuk berada di Perak FC.

"Kalau ada jutawan Arab ke yang nak beli, kita bincang betul-betul. Kita tak ada masalah. Yang penting kita nak pastikan pasukan ini masih di dalam liga kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Taklimat Pelaksanaan Penambahbaikan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Perak di sebuah hotel, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan semasa pasukan Perak FC yang berdepan masalah kewangan.

Khairul Shahril yang juga Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak turut mengakui penswastaan pasukan tidak dibuat secara bersungguh-sungguh.

"Kita telah usahakan untuk Perak FC ini diswastakan sepenuhnya. Memang ramai yang beritahu swasta olok-olok. Betul, itu yang berlaku kerana setakat ini kita tak dapat lagi kenal pasti pihak yang boleh menguruskan Perak FC ini secara swasta betul-betul.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini yang datang menghantar proposal kepada kita tidak betul-betul genuine, letak syarat itu, ini. Jadi kita tak mahu akan datang masalah lebih teruk," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Perak FC sudah melangsaikan tunggakan sebulan gaji pemain dan pegawai hampir RM1 juta pada Rabu.

Katanya, semua pihak perlu memahami situasi pengurusan baharu yang mengambil alih pasukan daripada pengurusan terdahulu.

"Kita sedih juga ada yang kata tertunggak sampai RM6 juta. Saya sebagai exco belia dan sukan saya cuba pastikan tunggakan ini tidak melebihi dua bulan. Sebulan gaji dah selesai termasuk pemain dan pegawai.

"Saya pun dapat uruskan Perak FC ini lewat. Peminat kena faham saya campur tangan dalam urusan Perak FC kerana saya exco sukan, jadi saya terpaksa campur tangan. Ketika di tangan kita (ambil alih) pun dah ada tunggakan RM3.8 juta," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Naizali yang turut bersama pada sidang akhbar itu berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu yang berlaku.

Katanya, perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan adalah memastikan Perak FC bersedia untuk bertanding.

Mengakui banyak perkara yang perlu diselesaikan, beliau berkata, kesemua permasalahan akan ditangani mengikut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!