Gajah liar 'mengamuk' musnah kebun, ternakan ditangkap

Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah liar yang sebelum ini 'mengamuk' dengan merosakkan tanaman dan menyerang haiwan ternakan milik penduduk
di Kampung Subong, Gua Musang.
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah liar yang sebelum ini 'mengamuk' dengan merosakkan tanaman dan menyerang haiwan ternakan milik penduduk di Kampung Subong, Gua Musang.
A
A
A
GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar yang sebelum ini 'mengamuk' dengan merosakkan tanaman dan menyerang haiwan ternakan milik penduduk di Kampung Subong, di sini, pada Rabu.

Gajah jantan yang dipercayai membuat 'onar' pada 3 April itu ditangkap oleh anggota Perhilitan sekitar jam 1 tengah hari.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, hidupan liar yang dianggarkan berusia antara 15-20 tahun tersebut merupakan sebahagian kumpulan gajah yang berada di Hutan Simpan Nenggiri.

"Siasatan awal kita dapati, gajah ini dipercayai keluar dari hutan dan masuk kampung berdekatan bagi mencari sumber makanan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, sebelum gajah itu membuat 'onar' Perhilitan Kelantan telah menerima aduan berkait perkara tersebut yang telah berlaku di Kampung Kundur dan Panggung Lalat pada Mac lalu.

Beliau berkata, operasi pemindahan gajah liar ini akan dibantu oleh kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang dalam masa terdekat.

Ady Ermanty berkata, gajah liar tersebut akan dipindahkan ke Taman Negara dalam masa terdekat.

Katanya, proses itu akan menggunakan dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Kasturi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!