Manusia tertinggi di Malaysia kongsi pengalaman

Mohd Azli (tengah) ketika Program Turun Padang Pengerusi Kesedar, Datuk Sazmi Miah, di Padang RKT Paloh 3, di sini.
Mohd Azli (tengah) ketika Program Turun Padang Pengerusi Kesedar, Datuk Sazmi Miah, di Padang RKT Paloh 3, di sini.
A
A
A

GUA MUSANG - Ketinggiannya mencecah 220 sentimeter dan pernah menerima sijil daripada Malaysia Book Of Records sebagai manusia tertinggi di Malaysia, tujuh tahun lalu.

Biarpun ia satu keunikan bagi orang lain, namun Mohd Azli Hisham Abdul Ghafar, 25, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, mengakui kelebihan itu menyukarkan kehidupannya.

Katanya, bukan sahaja sering mencuri perhatian orang, malah dia juga sukar mencari pekerjaan serta kelengkapan diri terutamanya pakaian.

"Ketika kecil, saya dilahirkan normal namun bila meningkat remaja, ketinggian ini mula meningkat melebihi biasa. Mungkin pelik bagi orang, tapi susah juga bagi saya.

"Tahun 2011, ketinggian saya 197 sentimeter, namun pada 2012, ia meningkat kepada 205 sentimeter. Sekarang, sudah mencecah 220 sentimeter.

"Begitu juga dengan pakaian, saya terpaksa membuat tempahan pakaian kerana baju saya berukuran 4XL manakala kasut pula bersaiz 16. Sepasang baju dan seluar sudah mencecah lebih RM200," katanya lagi.

Bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Alor Setar, Kedah ini ditemui ketika Program Turun Padang Pengerusi Kesedar, Datuk Sazmi Miah, di Padang RKT Paloh 3, di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!