'Tolong... ayah cuba pukul, bunuh'

Video dimuat naik di Instagram Sheyriela mendapat perhatian warganet.
Video dimuat naik di Instagram Sheyriela mendapat perhatian warganet.
A
A
A

MEDAN - Seorang anak perempuan terpaksa merakam perbuatan kejam bapa yang sering memukulnya dan adik demi menyelamatkan diri sebelum dimuat naik di akaun Instagram hingga tular di laman sosial.

Menerusi laporan Tribunnews, video dimuat naik di Instagram atas nama Sheyriela memaparkan seorang lelaki bertatu bertindak agresif dengan memegang sebatang kayu panjang dipercayai mahu memukul anak perempuannya.

Bagaimanapun, tindakan bapa itu dihalang oleh adik lelaki mangsa lalu berlaku pergaduhan antara dua beranak terbabit.

Kedengaran suara dua beranak sedang bertengkar dan suara wanita menangis sambil merakam perbuatan bapa berkenaan.

"Saya minta tolong kepada siapa pun orang baik di luar sana untuk menyebarkan video ini. Video ini diambil pada 6 April 2021, 9.05 (waktu tempatan).

"Ayah saya cuba memukul saya menggunakan kayu panjang di kepala, kemudian mengarahkan senjata tajam seperti di video ke leher kiri saya namun dihalang adik saya.

"Dia menuju ke biliknya menghancurkan seluruh bilik lalu datang kembali seperti yang saya videokan (rakamkan) dengan membawa senjata tajam pada awalnya mahu ke arah saya namun dileraikan adik saya dan adik saya jadi sasarannya. Kami cuma ingin pertolongan dan rasa aman. Tolong untuk bantu kami pak, permudah kami untuk menyelesaikan kes ini. Video ini hanya beberapa detik kerana saya sangat takut untuk merakamnya," tulis Sheyriela.

Kata Sheyriela, bapanya bertindak demikian kerana berang dan mahu 'membunuh' mereka selepas dia dan adik lelakinya mempertahankan ibu yang telah melarikan diri dari rumah kerana takut dipukul.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sumatera Utara, Kombes Hadi Wahyudi berkata, kejadian itu berlaku di di kota Medan dan pihaknya telah mengunjungi rumah berkenaan.

Namun lelaki berkenaan tiada di rumah dan polis sedang menjalani siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Sehingga kini video dimuat naik pada Rabu telah ditonton lebih 500,000 tontonan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!