Pengedar baharu al-Quran terbitan Karangkraf dilancar di GM Klang

Hussain menunjukkan antara al-Quran terbitan Karangkraf yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.
Hussain menunjukkan antara al-Quran terbitan Karangkraf yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd melancarkan wakil pengedar baharu bagi al-Quran terbitannya di pusat pemborong terkemuka, GM Klang pada petang Khamis.

Pelancaran itu sekali gus menjadikan pengedar berkenaan, Bijak Mentari Enterprise antara pengedar utama al-Quran di pusat pemborong itu.

Pemilik Bijak Mentari Enterprise, Hussain Sabbir berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Karangkraf.

"Saya mula pasarkan al-Quran terbitan Karangkraf secara kecil-kecilan namun bermula tahun 2019, kami mula memborong dengan Karangkraf berikutan permintaannya semakin tinggi daripada pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama sewaktu pelancaran itu ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, Hussain berkata, selain mendapat permintaan daripada penduduk setempat, al-Quran yang diedarkan oleh pihaknya itu turut menjadi pilihan pengunjung pusat pemborong itu yang kebanyakannya datang dari seluruh Malaysia.

Katanya, dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi, pihaknya juga menjangkakan hasil jualan al-Quran akan meningkat susulan permintaan tinggi daripada orang ramai.

"Malah untuk tahun ini juga, kami sasarkan peningkatan 50 peratus jualan al-Quran berbanding tahun lalu susulan permintaan semakin tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kebanyakan pelanggan juga kini gemar membeli al-Quran secara borong untuk diwakafkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!