Singapura naikkan kadar cukai pelabuhan menerusi dua fasa

Singapura akan menyemak semula kadar cukai pelabuhan bagi biayai kenaikan kos operasi dan kawal selia Pelabuhan Singapura. - Foto news.gov.sg
Singapura akan menyemak semula kadar cukai pelabuhan bagi biayai kenaikan kos operasi dan kawal selia Pelabuhan Singapura. - Foto news.gov.sg
A
A
A

SINGAPURA - Singapura akan menyemak semula kadar cukai pelabuhan bagi membiayai kenaikan kos operasi dan mengawal selia Pelabuhan Singapura, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim republik itu (MPA).

MPA menyatakan semakan berkenaan juga bertujuan menggalakkan pengendali kapal lebih pantas dan mengurangkan masa menunggu bagi membolehkan lebih banyak kapal dibenar berada di ruang berlabuh pelabuhan berkenaan.

“Duti pelabuhan membiayai penyelenggaraan laluan kapal, kos berlabuh dan alat bantuan pengemudian, perkara yang amat penting bagi keselamatan navigasi pengguna pelabuhan.

“Ia juga digunakan untuk membiayai sistem pengurusan aliran trafik kapal serta sistem lain yang disediakan untuk pengurusan perairan Singapura," menurut kenyataan yang dikeluarkan MPA.

MPA menyatakan kos berkenaan meningkat sejak kali terakhir duti terbabit disemak semula pada 2014.

Selepas berunding dengan rakan kongsi industri termasuk Persatuan Perkapalan Singapura serta Persatuan Industri Marin Singapura, MPA berkata, duti pelabuhan akan dipinda dalam dua fasa bagi memberi ruang kepada syarikat terbabit melakukan pengubahsuaian terhadap kadar baharu.

Menerusi Fasa 1 yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2022, kapal yang memohon kepada Pelabuhan Singapura untuk berlabuh bagi memuat naik dan menurunkan kargo atau menurun dan menaikkan penumpang dengan tempoh berlabuh di jeti antara dua dan empat hari, akan mengalami kenaikan cukai sekitar 6.0 peratus.

“Bagaimanapun, semua kapal yang berada di pelabuhan untuk tempoh sehari atau kurang, tidak akan dikenakan kenaikan cukai. Ia menggalakkan pemilik kapal untuk memendekkan tempoh berlabuh bagi membolehkan Pelabuhan Singapura mengendalikan lebih banyak kapal," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, untuk Fasa 2 yang akan bermula pada 1 Januari 2013, kadar untuk tempoh singkat bagi kapal yang menaik dan memunggah kargo, menaik dan menurunkan penumpang, mengambil bekalan atau menukar kru, turut akan dikenakan kenaikan duti. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!