Penyokong Penang FC diminta patuhi SOP

PEMINAT bola sepak Penang FC diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila buat pertama kali menyaksikan perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Bandaraya pada Ahad ini selepas lebih setahun tidak dapat berbuat demikian.

A

Exco Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, perlawanan pertama melibatkan kehadiran penonton di stadium hanya terbuka kepada penyokong tuan rumah dengan kapasiti 10 peratus iaitu 2,000 orang sahaja berbanding kapasiti asal berjumlah 20,000.

Menurutnya, antara SOP yang digariskan adalah termasuk penonton wajib membawa kad pengenalan diri bagi tujuan imbasan tiket untuk masuk ke stadium, pembelian tiket hanya dalam talian, seorang individu layak membeli maksimum dua tiket dan ia tidak boleh dipindah milik.

"Saya berharap semua penyokong patuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan agar kesihatan semua terjamin," katanya kepada pemberita di George Town pada Khamis.

Menurutnya, tempat duduk penonton akan diselang dua kerusi di bahagian sisi dan satu barisan tempat duduk di hadapan dan belakang penonton akan dikosongkan bagi memudahkan penjarakan fizikal.

Beliau turut mengumumkan bahawa jualan tiket secara dalam talian telah dibuka jam 9.30 pagi ini dan akan ditutup pada Ahad jam 3 petang.

"Pintu stadium akan dibuka tiga jam sebelum perlawanan bermula jam 9 malam," katanya.

Selepas tujuh perlawanan, Penang FC mencatat empat kemenangan, dua kalah dan satu seri untuk menduduki tangga ketiga liga dengan 14 mata. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!