Kegembiraan rai habis STAM bertukar tragedi

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.
A
A
A

KUALA KRAI - Kegembiraan sekumpulan pelajar meraikan tamat ujian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas di Air Terjun Istana Sangkut, Loloh, di sini petang Khamis.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Nur Muhammad Afiq Zubir, 19, dari Melaka yang juga pelajar Maahad Pengajian Islam Kota Bharu bersama 12 rakan yang lain ke air terjun berkenaan untuk mandi selepas tamat peperiksaan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rasee Parsimin berkata, mangsa dipercayai tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

"Kawasan tempat mangsa tenggelam tersebut melibatkan kedalaman sehingga 15 hingga 20 kaki dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa 2 jam 31 minit sebelum mangsa ditemukan.

"Selain itu, kita turut mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung berdekatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, mangsa ditemukan pada jam 5.47 petang dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!