Kerajaan PH akan tumbang jika gagal tunai janji

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Forsea KL ’19 Democracy Fest di White Box Publika hari ini. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Forsea KL ’19 Democracy Fest di White Box Publika hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan rakyat akan menjatuhkan kerajaan sekiranya gagal menunaikan janji pilihan raya.

Katanya, fasa sekarang, rakyat sedang memerhatikan langkah dan tindak-tanduk Kerajaan PH dalam usaha memenuhi janji-janji yang ditaburkan pada kempen PRU14 yang belangsung tahun lalu.

“Mana-mana kerajaan yang tidak menunaikan janji kepada rakyat akan tumbang.

“Maka dalam pusingan seterusnya jika kerajaan masih gagal menunaikan janji kepada rakyat bersedialah untuk dijatuhkan oleh rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Festival Demokrasi, Forsea 2019, di sini hari ini.

Menurut beliau, apabila sesebuah parti dipilih rakyat dalam pilihan raya ini bermakna, rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan dipilih untuk berkhidmat.

“Namun, biasanya sesebuah kerajaan yang dipilih mereka sewenang-wenangnya menganggap kuasa itu milik mereka sepenuhnya.

“Apabila PH ambil alih daripada BN kerana rakyat ditekan, oleh itu apabila PH berjanji, maka ia harus ditunaikan, kerana ini adalah harapan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menambah itulah maksud sebenar pilihan raya dan demokrasi semuanya bergantung kepada kuasa ditangan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Pada 9 Mei 2018 rakyat buat keputusan untuk berikan kuasa memerintah dan membela nasib mereka kepada PH yang dahulunya sebuah parti pembangkang selepas 61 tahun dikuasai kerajaan BN.

“Pilihan dan peluang yang diberikan kepada PH ini berdasarkan janji-janji pilihan raya PRU14, terlalu banyak janji yang dibuat PH.

“Sekarang rakyat sedang memerhati kerajaan PH yang sebelum ini pembangkang untuk tunaikan semua janji-janji pilihan raya.Namun, malangnya PH kini mendapati mereka tidak mampu lunaskan semua janji mereka kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto.

“Jadi untuk pusingan seterusnya, rakyat akan menumbangkan kerajaan,” ujarnya.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!