MTHQ Selangor berlangsung dalam normal baharu

Syamsul (kiri) bersama Sofizah (kanan) dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah MTHQ Peringkat Negeri Selangor. Foto Ihsan JAIS
Syamsul (kiri) bersama Sofizah (kanan) dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah MTHQ Peringkat Negeri Selangor. Foto Ihsan JAIS
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Selangor dengan pembudayaan normal baharu susulan daripada pandemik Covid-19.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, MTHQ pada kali ini berlangsung dengan pematuhan garis panduan ketat dan jumlah penonton yang terhad.

Beliau berkata, seramai tujuh Qari dan empat Qariah telah berentap bagi merebut gelaran johan menerusi MTHQ peringkat negeri pada kali ini.

"Qari dan Qariah terbaik tahun ini akan dipilih mewakili Selangor dalam MTHQ Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 18 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menerusi MTHQ Peringkat Selangor kali ini, Syamsul Abu Hasan Alshaari telah dipilih sebagai johan bagi kategori Qari manakala Sofizah Mousin pula dipilih sebagai johan untuk kategori Qariah.

Dalam pada itu, Shahzihan berkata, bagi kategori menghafaz al-Quran, seramai 30 orang huffaz turut memperdengarkan bacaan masing-masing bagi merebut hadiah yang ditawarkan.

"Penghakiman kategori Tilawah al-Quran dinilai oleh 11 orang hakim dengan mengambil kira aspek tajwid, fasohah, tarannum dan suara dalam bacaan masing-masing.

"Bagi kategori menghafaz al-Quran pula, seramai 17 hakim telah membuat penilaian perserta dari sudut kelancaran bacaan, fasohah, tarannum dan suara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!