Seorang maut, empat parah insiden tembakan di AS

Sebuah kereta polis diletakkan di tempat kejadian selepas seorang individu melepaskan tembakan di gudang syarikat perniagaan Kent Moore Cabinets, Bryan. Texas pada Khamis. - Foto AFP
Sebuah kereta polis diletakkan di tempat kejadian selepas seorang individu melepaskan tembakan di gudang syarikat perniagaan Kent Moore Cabinets, Bryan. Texas pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

BRYAN - Seorang individu terbunuh dan empat lagi cedera parah berikutan insiden tembakan di sebuah pusat perniagaan di bandar Bryan, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Menurut AFP, kejadian berlaku beberapa jam selepas Presiden AS, Joe Biden mengumumkan rancangan untuk memerangi kejadian tembakan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api di negara itu.

Laporan sebuah stesen televisyen AS melaporkan seorang individu turut cedera ringan dalam kejadian tersebut manakala seorang lagi mengalami serangan asma.

Jabatan polis di bandar tersebut menyatakan suspek yang melepaskan tembakan tersebut kini sedang ditahan ekoran kejadian itu.

Seorang pegawai berkata, suspek tersebut melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai polis.

Katanya, suspek juga merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat di bandar berkenaan.

Menurut portal berita KAGS, dia didakwa menggunakan pistol dalam kejadian yang berlaku di gudang syarikat tersebut.

Menurut Ketua Polis Bryan, Eric Buske, panggilan berhubung seorang individu melepaskan tembakan itu diterima oleh polis pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan di

Artikel Berkaitan:

syarikat perniagaan Kent Moore Cabinets di bandar terbabit.

"Seorang lelaki mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita manakala empat lagi cedera parah dihantar ke sebuah hospital akibat terkena tembakan.

Jabatan Keselamatan Awam Texas melaporkan seorang anggota pihak berkuasa negeri ditembak ketika sedang mengejar suspek yang melepaskan tembakan tersebut tetapi beliau tidak mengalami kecederaan serius.

Syerif Mukim Grimes, Don Sowell berkata, dua jam selepas serangan berkenaan, suspek yang melepaskan tembakan itu ditahan di Bedias kira-kira lebih 40 kilometer dari bandar Bryan.

Pada Khamis lalu, Biden mengumumkan enam langkah yang boleh membantu menangani krisis tembakan di AS tetapi pemimpin kanan parti Republikan di Dewan Perwakilan negara tersebut iaitu Kevin McCarthy memberi amaran cadangan berkenaan mungkin mencabuli Perlembagaan Amerika. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!