Pembayaran i-Sinar berperingkat hingga 16 April

Pembayaran i-Sinar bagi bulan April yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun pencarum akan dilaksanakan secara peringkat sehingga 16 April ini.
Pembayaran i-Sinar bagi bulan April yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun pencarum akan dilaksanakan secara peringkat sehingga 16 April ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembayaran i-Sinar bagi bulan April yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun pencarum akan dilaksanakan secara peringkat sehingga 16 April ini.

Menerusi kenyataan Twitter rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Jumaat, pihaknya memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank pencarum.

"Untuk makluman, bayaran bulan April sedang dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021. Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda.

"Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses pembayaran dilaksanakan," menurut kenyataan tersebut.

Dalam hantaran sama, KWSP juga memaklumkan status pembayaran terkini boleh diperolehi melalui i-Akaun (ahli) dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar iaitu 03-89224848.

Baru-baru ini, warganet kesal dengan sistem pembayaran i-Sinar pada April yang masih belum diterima sehingga menimbulkan pertanyaan.

Warganet telah bertindak 'menyerang' ruang komen dengan menyatakan pelbagai keluhan dan kekecewaan di akaun rasmi Facebook KWSP dan juga akaun Twitter hingga tular.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!