Sulaiman Mahbob dilantik Pengerusi baharu MIER

Sulaiman Mahbob
Sulaiman Mahbob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pengerusi baharu Lembaga Pemegang Amanahnya berkuat kuasa serta merta, menggantikan Tan Sri Dr Kamal Salih.

MIER dalam satu kenyataan berkata, Sulaiman sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan di MIER, antaranya berkhidmat sebagai pengarah eksekutif pada tahun 1994 dan pengerusi dari 2012 hingga April 2019, dan telah kekal sebagai anggota Lembaga sejak itu.

Ia berkata, Kamal mengambil keputusan mengundurkan diri untuk mengisi jawatan pengerusi eksekutif di Ankar Corporation (syarikat pegangan persendirian), dan pada masa sama, menjadi pengerusi Yayasan Mahkota, berkuat kuasa 1 April, 2021. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!