Iran bebaskan kapten, kapal tangki Korea Selatan
SEOUL - Iran membebaskan kapten dan kapal tangki minyak Korea Selatan kira-kira tiga bulan selepas menahan kapal itu kerana didakwa menyebabkan pencemaran minyak.
Kementerian Luar Korea Selatan pada Jumaat berkata, kapal itu dan kapten serta 12 kru, meninggalkan pelabuhan Iran kira-kira jam 6 pagi (waktu Iran), lapor Agensi Berita Yonhap.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!