Tiga kereta hangus, bengkel terbakar

Bomba memadamkan salah sebuah kenderaan yang terbakar. - Foto Ihsan bomba
Bomba memadamkan salah sebuah kenderaan yang terbakar. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

BATU PAHAT - Tiga buah kereta hangus dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan di Taman Maju, Batu Pahat pada awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulle Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 pagi.

Susulan itu, tiga jentera FRT dan dua EMRS dari BBP Penggaram dan BBP Batu Pahat dengan kekuatan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kita dapati kebakaran itu melibatkan bengkel dua tingkat berkeluasan 15x50 kaki.

"Ketika kejadian, terdapat tiga buah kereta turut terbakar di dalam bengkel. Kebakaran itu melibatkan kenderaan dan sedikit struktur dalaman bengkel itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, bomba memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu daripada pam jentera.

"Kebakaran ini tidak melibatkan mangsa, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi ditamatkan pada jam 5.58 pagi setelah memastikan keadaan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!