55,000 guru berisiko dijangka terima vaksin fasa kedua

Muslimin (depan, tiga dari kanan) bergambar pada Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa Kempen Kesedaran Covid-19 di Dewan Seri Bernam pada Jumaat.
Muslimin (depan, tiga dari kanan) bergambar pada Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa Kempen Kesedaran Covid-19 di Dewan Seri Bernam pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan seramai 55,000 guru berusia dan berisiko tinggi dimasukkan dalam kelompok penerima fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, pemberian vaksin itu diharap dapat membantu mengekang peningkatan kluster Covid-19 terutama membabitkan institusi pendidikan.

Menurutnya, sebelum ini, seramai empat guru tersenarai menerima suntikan dalam fasa pertama kerana berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19.

"Mereka (empat guru) terbabit turut bersama Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sudah menerima suntikan Covid-19 dan fokus kita seramai 55,000 guru lagi menerima suntikan pada fasa kedua ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa Kempen Kesedaran Covid-19 di Dewan Seri Bernam di sini pada Jumaat.

Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, guru yang tidak disenarai menerima suntikan pada fasa kedua dijangka menerima vaksin tersebut pada fasa ketiga dan keempat.

"Suntikan vaksin dalam kalangan guru bertujuan memastikan keadaan selamat dan selesa semasa berada di sekolah.

"Kita berharap semua guru di seluruh negara segera mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!