Peniaga jual air kosong lebih RM1 segelas diberi notis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan 12 notis setakat Khamis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di negeri ini kerana menawarkan air kosong melebihi penetapan harga iaitu RM1 setiap gelas.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, notis dikeluarkan susulan Ops Catut 8.0 (air kosong) yang sedang dijalankan terhadap restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan serta warung di seluruh negeri ini bermula 7 hingga 15 April ini.

“Peniaga-peniaga yang dikenakan notis itu diberi tempoh masa selama dua hingga lima hari bekerja untuk membekalkan maklumat diarahkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Zikril Azan berkata, operasi tersebut dilaksanakan ekoran terdapat rungutan diterima daripada pengguna berhubung caj air kosong yang agak tinggi di premis makanan dan minuman berlaku di sekitar negeri ini.

Katanya, pengguna di Selangor yang ingin menyalurkan aduan boleh melayari portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, menghubungi pusat panggilan 1800 886 800 atau WhatsApp 019- 279 4317. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!