Gunung Bintang
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di Taman Bonzai yang menjadi lokasi wajib pendaki merakamkan gambar kenangan ketika berada di Gunung Bintang, Kulim.
Puncak Gunung Bintang merupakan sempadan bagi daerah di dua negeri. Ini bermakna sekiranya pendaki berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka sedang berada di Daerah Baling dan Kulim di negeri Kedah serta Daerah Ulu Perak dan Selama di negeri Perak pada suatu masa yang sama.
Pendakian Gunung Bintang yang berketinggian 1,862 meter dari aras laut ini bermula di Hutan Lipur Sungai Sedim yang terletak kira-kira 30 km dari bandar Kulim.
'Biar Pewai Asal Sampai' menjadi cogankata penyuntik semangat untuk pendaki menuju ke puncak yang mengambil masa antara 10 hingga 15 jam.
Pendaki boleh memilih untuk bermalam di tapak perkhemahan yang dinamakan Kem Bunian atau di kawasan air Terjun Lata Irau. Selain itu, boleh juga melakukan pendakian secara 'dayhike' yang lebih menguji keupayaan dan ketahanan diri. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!