Empat individu direman kes palsukan dokumen untuk tender RM3.7 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu selama enam hari bagi membantu siasatan kes memalsukan dokumen untuk mendapatkan projek tender kebersihan bernilai lebih RM3.7 juta sejak 2017 hingga tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus pada Jumaat selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman dua lelaki dan dua wanita berusia 41 hingga 49 tahun tersebut.

Menurut kenyataan SPRM Perak, empat individu berkenaan ditangkap di sekitar Taiping dan Bandar Baharu, Kedah pada kira-kira jam 8 pagi pada Khamis.

Menurut SPRM, kes itu melibatkan dua syarikat yang masing-masing membabitkan tender bernilai RM1.6 juta dan RM2.1 juta.

Dua syarikat berkenaan menggunakan cop bank dan tandatangan pegawai bank palsu serta mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender kebersihan bangunan dan kawasan di bawah jabatan kerajaan bagi tempoh 2017 hingga 2020, kata SPRM.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!