Mayat warga emas ditemui dalam longkang

Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa. - Foto ihsan Bomba
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita warga emas ditemui maut selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya di Jalan Limau Nipis, Kampung Jambu di sini pada Jumaat.

Mangsa, Khor Ah Kheng@Khor Siew Kheng, 84, ditemui terbaring dalam longkang terbabit pada jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, anggota Balai Polis Taiping bergegas ke lokasi kejadian selepas terima maklumat awal melalui sistem Mers 999.

"Setibanya di lokasi didapati mangsa terbaring dalam longkang dan pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa ditemui," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah dalam rawatan jantung dan darah tinggi.

"Khidmat bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa dan seterusnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!