Kes Covid-19 di India terus catat peningkatan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

NEW DELHI - India merekodkan sebanyak 131,968 kes Covid-19 dalam sehari, menyaksikan kebanyakan negeri terpaksa mengambil langkah pencegahan lebih ketat untuk membendung penularan jangkitan.

Angka korban dalam tempoh 24 jam lalu ialah seramai 780 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

India mencatatkan lebih 13 juta kes setakat ini dan 167,642 orang telah meninggal dunia.

Gujarat, Uttar Pradesh, Maharashtra dan New Delhi menghentikan semua aktiviti awam.

Kekurangan vaksin juga dilaporkan di beberapa kawasan.

Puluhan pusat vaksinasi Covid-19 di Mumbai ditutup sementara pada Jumaat disebabkan kekurangan dos.

Hospital di Mumbai antara pusat rawatan yang paling banyak mengendalikan kes Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!