Permaisuri Johor pamer bakat

Raja Zarith Sofiah cuba membungkus burasak.
Raja Zarith Sofiah cuba membungkus burasak.
A
A
A

PONTIAN - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli mempamerkan bakat membuat makanan tradisi masyarakat Bugis iaitu burasak sewaktu melawat pameran makanan tradisional.

“Saya mahu cuba buat burasak boleh? Berapa lama ambil masa hendak siapkan burasak ni?,” titah Permaisuri Johor.

Baginda bertitah demikian ketika rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 singgah di Pusat Informasi Pelancongan Daerah Pontian, semalam.

Menjawab pertanyaan Raja Zarith Sofiah, Halimah Mohd Nor, 59, berkata, untuk menyiapkan sebungkus burasak mengambil masa lima hingga enam jam.

Katanya, penyediaan sajian burasak sangat unik kerana menggunakan daun pisang nipah.

"Pemilihan daun pisang nipah sebagai pembungkus burasak kerana daunnya mengeluarkan aroma rasa sedap," katanya.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan 14 penari cilik mempersembahkan zapin.

Gerak seni tarian Melayu Johor itu dipersembahkan kumpulan gabungan Tabika Kemas Pontian di hadapan keluarga diraja tersebut.

Pusat Informasi Pelancongan Daerah Pontian merupakan destinasi pertama KMJ 2018 edisi ke-21 pada hari ketiga membabitkan perjalanan sejauh 202km.

Artikel Berkaitan:


Sultan Ibrahim bersama rombongan KMJ 2018 meneruskan perjalanan ke Kampung Sri Gunung Pulai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!