Tiada jalan pintas berpoligami di Perlis: Ketua Hakim Syarie

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ARAU - Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis sekalipun hanya suami dipanggil memberi keterangan pada peringkat awal permohonan, tegas Ketua Hakim Syarie Perlis, Ibrahim Deris.

Beliau berkata, ini kerana mahkamah tetap akan memanggil isteri pemohon sekiranya didapati keterangan si suami meragukan.

“Jika terdapat keraguan, pihak yang dinamakan sebagai majikan juga turut akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pentauliahan peguam syarie negeri Perlis di sini pada Jumaat.

Beliau juga menegaskan kelulusan berpoligami tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ibrahim diminta mengulas mengenai laporan media sebelum ini berhubung kewujudan sindiket menawarkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama yang dilaporkan berlaku antaranya di Perlis. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!