Penyanyi rap DMX meninggal dunia
PENYANYI rap New York, DMX yang menggegarkan arena muzik Amerika Syarikat (AS) pada akhir 1990-an, meninggal dunia dalam usia 50 tahun pada Jumaat.
Pemilik nama sebenarnya Earl Simmons itu dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung pada 2 April lalu dan diletakkan dalam unit rawatan kritikal di Hospital White Plains, New York.
DMX menghasilkan lapan album dengan lima daripadanya adalah album nombor satu di AS, menerusi lagu hitnya seperti X Gon’ Give It To Ya, Party Up dan What’s My Name?
Beliau juga pernah membintangi beberapa filem aksi bersama aktor Steven Seagal dan Jet Li menerusi Exit Wounds pada tahun 2000, dan Cradle 2 the Grave (2003) serta Romeo Must Die (2000). – AgensiMuat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!