'Saya tak bernikah di Siam'- Serina

Serina selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35.
Serina selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan tampil menjelaskan dia dan suaminya bukan bernikah di Siam seperti yang didakwa oleh bapanya.

Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.

"Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Serina mengakui beliau terkejut apabila bapanya memaklumkan dia berkahwin di Siam, sedangkan sempadan negara masih ditutup sekarang.

Susulan itu, beliau meminta warga maya berhenti membuat tuduhan dan fitnah ke atas dirinya.

"Cuba doakan yang baik baik jangan jadikan sosial media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain.

"Besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain, semua yang terjadi atas izin ALLAH jodoh kami dah tertulis,” katanya.

Semalam, Serina selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi laman Instagram itu pelakon berusia 38 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar biarpun diadakan secara tertutup.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!