Annuar nafi akan wujud UMNO 3.0

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan akan wujud UMNO 3.0 sebaliknya parti itu kini hanya mahu bebas daripada diperalatkan pemimpin yang pentingkan diri sendiri.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata bagi mengalih pemikiran ahli parti.

“UMNO tidak ada siri. Tiada 1.0, 2.0 atau 3.0, yang pasti ada ialah ‘No Anwar, No DAP’.

“UMNO tidak mahu kerana individu, parti makin dibenci dan pilihan raya umum (PRU) kita kalah lagi. UMNO parti yang kuat tetapi tindakan pemimpin yang menyebabkan kita ditolak rakyat.

“Pemimpin boleh datang dan pergi berkali-kali, UMNO harus kekal memerintah,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu bersyukur apabila semakin ramai ahli akar umbi mula faham mengenai keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Kata beliau, terdapat pihak yang cuba menutup kebenaran kerana taksub terhadap pemimpin tertentu.

“Mereka tidak peduli kalau mereka telah merosakkan Muafakat Nasional (MN), menjejaskan Barisan Nasional (BN) dan cuba menggagalkan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

“Kerana kecewa agenda peribadi tidak diikuti, mereka mereka-reka kempen membenci agar dapat disembunyikan konspirasi. Akhirnya kantoi sendiri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!