Bot nelayan musnah terbakar

Anggota bomba dari BBP Kuantan dikerah ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran bot nelayan laut dalam di jeti Jalan Kampung Belukar di sini pada awal pagi Sabtu. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba dari BBP Kuantan dikerah ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran bot nelayan laut dalam di jeti Jalan Kampung Belukar di sini pada awal pagi Sabtu. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sebuah bot nelayan laut dalam musnah dalam kebakaran di sebuah jeti di Batu 31/2, Jalan Kampung Belukar di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketika kejadian, bot kelas C2 itu berisi 10,000 liter minyak diesel. Turut rosak kelengkapan menangkap ikan termasuk pukat tunda.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran bot itu.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan daripada Mers 999 berhubung kejadian pada jam 1.34 pagi.

"Susulan itu, 16 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bersama sebuah jentera ke lokasi untuk operasi pemadaman," katanya.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan semburan foam (buih) kerana melibatkan minyak diesel.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!