KPKT jangan abai nasib bomba sukarela

 Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika menyempurnakan penyerahan jentera bomba baharu kepada Bomba Sukarela Saujana Utama di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor(MDKS) Saujana Utama di sini pada Jumaat.
Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika menyempurnakan penyerahan jentera bomba baharu kepada Bomba Sukarela Saujana Utama di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor(MDKS) Saujana Utama di sini pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) diminta untuk memberi tumpuan terhadap nasib anggota bomba sukarela di seluruh negara.

Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kebajikan anggota bomba sukarela ini seharusnya menjadi keutamaan dan diberikan perhatian memandangkan mereka tidak menerima gaji.

"Mereka ini (anggota bomba sukarela) menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi biarpun tiada gaji, namun apa yang menyedihkan nasib mereka seolah dipandang remeh oleh KPKT.

"Bayangkan mereka bergerak menggunakan duit sendiri, menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya, membantu masyarakat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran dan kerja menyelamat lain, namun soal kebajikan pula siapa yang bantu mereka, jadi KPKT perlu mainkan peranan berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jentera Fire Rescue Tender(FRT) atau kereta bomba kepada Bomba Sukarela Saujana Utama di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Saujana Utama di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras berkata, pihaknya telah meminta MDKS mewartakan tapak balai Bomba Sukarela Saujana Utama.

"Saya berharap agar pembinaan sebuah balai bomba yang lengkap dan selesa dapat segera dibina bagi memantapkan lagi bomba sukarela ini.

“Dasar Menteri Besar memang memudahkan urusan permohonan tapak terutama pembayaran premium sekiranya melibatkan kepentingan rakyat seperti pendidikan, keselamatan, kita harap agensi kerajaan mengambil peluang memohon (tapak) jika memang memerlukan. Ini tidak memberi masalah (untuk luluskan),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!