Gagal patuhi SOP: KBS mahu laporan terperinci
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perjumpaan dengan penganjur satu program di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam tadi bagi mendapatkan laporan terperinci mengenai kegagalan penganjur memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di program berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tujuan perjumpaan minggu depan adalah demi kebaikan pengiat-pengiat sukan dan untuk memastikan insiden malam tadi tidak berulang.
Menurut Reezal Merican, insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua penganjur sukan supaya perkara sama tidak berulang pada masa depan.
"Saya berasa kesal dengan apa yang berlaku.. Apa yang saya tidak puas hati adalah...SOP ada, tetapi pemantauan dan penguatkuasaan SOP gagal. Jadi saya mahu ia diketatkan benar-benar dan saya nak ajak semua penggiat, peminat serta penyokong sukan untuk tunjuk teladan dalam mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 gagal patuhi SOP
Dalam laporan media semalam, penganjur satu program yang dianjurkan di Sepang dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 selepas gagal memastikan pengunjung program mematuhi SOP
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan permit yang dikeluarkan, program berkenaan hanya dibenarkan berlangsung sehingga jam 12 tengah malam tadi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!