Salahuddin nafi beri ceramah politik dalam masjid

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub menafikan dirinya ada memberi ceramah berbaur politik di sebuah masjid seperti didakwa seorang individu di laman Twitter, semalam.

Berkenaan isu yang didakwa itu, beliau berkata, memang dirinya ada hadir di Masjid Kolam Ayer, semalam untuk mengerjakan solat Jumaat dan memberi ucapan ringkas.

“Saya tiba di masjid kira-kira jam 1 tengahari untuk Solat Jumaat, ketika 20 minit sebelum azan, saya kemudiannya dijemput oleh Imam untuk memberikan sedikit tazkirah kepada para jemaah.

“Saya hanya bercakap selama 10 minit, dan apa yang paling utama saya sentuh adalah sama-sama melakukan kebaikan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani turut menegaskan dirinya sentiasa maklum mengenai larangan dan tahu mengenai adab ketika berada di tempat ibadah tersebut.

“Saya sudah berpolitik lebih kurang 35 tahun, saya tahu adab dan batas. Saya juga tidak bodoh sampai nak memberi ceramah politik dalam masjid,” katanya.

Terdahulu, tular satu video rakaman berdurasi 45 saat yang mendakwa Salahuddin menyampaikan ceramah berbaur politik sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid dalam bandar raya ini.

Malah video itu turut dikongsi seorang pengguna di laman Twitter rasmi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memohon putera raja tersebut menegur tindakan dilakukan menteri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!