Kes 47 tahanan: Wakil kerajaan adakan pertemuan dengan Kemboja

Wakil kerajaan Sarawak dan Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bersama 47 rakyat Malaysia yang ditahan.
Wakil kerajaan Sarawak dan Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bersama 47 rakyat Malaysia yang ditahan.
A
A
A

KEMBOJA - Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, beberapa wakil kerajaan dan Wisma Putra di Sarawak mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.

Katanya, pertemuan yang diadakan di Banteay Meanchey itu bertujuan membicangkan proses penghantaran pulang 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Poi Pet sejak 11 Disember 2018 setelah proses dokumentasi dibuat oleh Kedutaan Malaysia dengan pihak imigresen Kemboja selesai.

Menurutnya, ini kerana undang-undang di negara itu perlu dipatuhi mengikut apa yang telah digariskan terhadap warga asing tambahan visa kebanyakan daripada mereka telah tamat tempoh.

(Dari kanan) Deddy Faisal, Wan Junaidi, Othsman, Fatimah dan Mustapha.
(Dari kanan) Deddy Faisal, Wan Junaidi, Othsman, Fatimah dan Mustapha.

"Wakil kerajaan Sarawak diketuai Menteri Kebajikan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan wakil Wisma Putra di Sawarak, Deddy Faisal Ahmad Salleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis penyerahan 47 tahanan petang ini

"Proses penghantaran pulang 47 rakyat Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat setelah proses dokumentasi dibuat oleh Kedutaan Besar Malaysia dengan pihak berkuasa Kemboja.

Semalam, Mustapha menyatakan kesemua warga Malaysia yang ditahan telah dibebaskan selepas beberapa perundingan dibuat dengan kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua mereka dalam keadaan baik dan ditempatkan di sebuah hotel di pekan Banteay Meanchey.

"Mereka ini terdiri dari 40 orang dari Sarawak, empat Selangor dan tiga Sabah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!