'UMNO tahu urus isu sendiri'

Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengingatkan agar pihak lain tidak perlu menangguk di air keruh dalam isu dalaman yang berlaku dalam UMNO.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO sebaliknya berkata, sebarang isu dalaman dalam parti itu akan diselesaikan kerana UMNO tahu menguruskan isunya sendiri.

Menurutnya, selesai program #Sambung Yang Tergendala, media bertanya pelbagai soalan berkenaan program dan ada juga berkenaan isu audio yang tular.

"Menghormati arahan dan keputusan Mesyuarat Pengurusan tempoh hari bahawa buat masa ini kenyataan rasmi hanya dikeluarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, saya hanya komen ringkas kepada pemberita.

"Tuan tubuh sudah menafikan. Soal laporan polis, dimaklumkan sudah ada beberapa laporan dibuat dan Ketua Polis Negara mengesahkan kertas siasatan dibuka ekoran laporan-laporan tersebut.

"Maka biarlah polis laksanakan kerja siasatan dahulu," kata Shahril dalam catatan di laman Facebooknya sejurus berakhir program #Sambung Yang Tergendala anjuran UMNO Online pada malam Sabtu.

Pada Rabu, satu rakaman audio berdurasi empat minit didedahkan dan dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suara mirip pemimpin terbabit dilaporkan saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan UMNO bersetuju dengan usul Ahmad Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar kemudian menafikan suara dalam audio berkenaan adalah perbualan mereka dan masing-masing menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!