Kerjasama Pas, UMNO kekal seperti sedia kala: Idris

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO dalam PRK DUN Semenyih masih kekal seperti sedia kala.

Memetik laporan Astro Awani, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, oleh itu beliau hari ini hadir ke pusat penamaan calon bagi memberi sokongan.

“Jika ada perkembangan baharu, kena dapatkan komen Haji Hadi sendiri,” katanya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

UMNO percaya Pas, bukan Tun Mahathir

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Pas tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung 2 Mac ini.

Katanya, pendirian Pas tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Artikel Berkaitan:

Mengulas perkara tersebut, Idris berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Semalam, Abdul Hadi dalam sidang media di Terengganu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir lebih tertumpu kepada perbincangan berkaitan penyelarasan pentadbiran antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Jelasnya, pertemuan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum, Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek kerajaan Persekutuan dan negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!