Upacara pengebumian Putera Philip pada 17 April ini

Ratu Elizabeth II menyifatkan pemergian suaminya sebagai 'satu kehilangan besar' kepada hidup baginda. - Foto Agensi
Ratu Elizabeth II menyifatkan pemergian suaminya sebagai 'satu kehilangan besar' kepada hidup baginda. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Upacara pengebumian Putera Philip yang merupakan suami kepada pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II akan diadakan pada Sabtu ini selepas kemangkatan baginda pada usia 99 tahun di Istana Windsor pada Jumaat lalu.

Pengumuman itu dibuat Istana Buckingham yang menjelaskan persediaan majlis tersebut akan dibuat semula dan mengikut garis panduan peraturan kesihatan Covid-19.

Jurucakap istana tersebut memaklumkan Philip akan disemadikan mengikut upacara pengebumian diraja dan tiada acara pengebumian negara atau diberi penghormatan awam memandangkan majlis tersebut akan berlangsung di pekarangan Istana Windsor yang hanya akan dihadiri 30 individu.

“Majlis itu akan turut memperingati jasa dan sumbangan Duke of Edinburgh sepanjang hayatnya dan ketika memerintah selama lebih 70 tahun bersama baginda ratu,” katanya sambil menjelaskan pengebumian itu akan diadakan di Gereja Kecil St George dan didahului dengan upacara bertafakur selama seminit di seluruh negara.

Putera Harry dijangka hadir pada majlis pengebumian itu tanpa kehadiran isterinya, Meghan Markle yang sedang hamil atas nasihat doktor. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Philip meninggal dunia

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas kemangkatan Putera Philip

Agong hantar perutusan takziah kepada Ratu Elizabeth II

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!