Tiga PATI baru 'mendarat' dicekup

PATI yang ditahan Batalion 5 PGA Simpang Renggam di Sumgai Penerok, Pontian pada Ahad.
PATI yang ditahan Batalion 5 PGA Simpang Renggam di Sumgai Penerok, Pontian pada Ahad.
A
A
A

PONTIAN - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan tiga warga Indonesia yang masuk ke negara ini secara haram di kawasan sekitar Sungai Penerok pada Ahad.

Kesemua yang ditahan pada jam 8.45 pagi itu terdiri daripada tiga lelaki berumur lingkungan 25 hingga 46 tahun.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, kesemua yang ditahan itu dipercayai baharu sahaja mendarat untuk memasuki negara ini.

"Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

"Turut dirampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai. Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 2,370," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu Dimin berkata, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!