Penggunaan terma wilayah kelirukan rakyat: Madius

Wilfred Madius
Wilfred Madius
A
A
A

KOTA KINABALU - Penggunaan terma baharu bagi Sabah dan Sarawak sebagai wilayah disifatkan amat mengelirukan rakyat.

Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius berkata, sebarang pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu menyeluruh.

"Jangan syok sendiri, jangan mengelirukan, sekarang ini sangat mengelirukan. Sebab kalau pun ia diwartakan tetapi mengelirukan dari segi perundangan dia perlu berubah, perlembagaan negeri Sabah, perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan masih belum berubah.

"Jadi mengelirukan, ramai orang keliru. Saya tidak tahu apa niat dia, mungkin mahu mengambil hati orang Sabah tetapi kesannya lebih ramai orang keliru," katanya kepada Sinar Harian pada malam Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penggunaan terma wilayah untuk Sabah dan Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Terma wilayah bezakan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung

Pada Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan pertukaran terma wilayah kepada Sabah dan Sarawak adalah satu istilah yang membezakan dua wilayah ini dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, wilayah di sini dalam konteks penubuhan Malaysia adalah tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung bercantum untuk menubuhkan persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Madius meminta agar kerajaan memperkukuhkan pentadbiran Sabah.

"Kita mahu memperjuangkan autonomi Sabah dan lebih desentralisasi, sekarang ini kita terlalu berpusat di Putrajaya. Kementerian di Persekutuan pun terlalu banyak hingga ada 33 menteri, kurangkanlah sedikit sehingga 18 begitu. Perkukuhkan pentadbiran negeri Sabah, contohnya dalam hal budaya, hal belia pun mereka buat.

"Sebenarnya kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah memulakan hal-hal berkaitan pendidikan, mungkin seperti latihan guru-guru dari segi kokurikulum boleh dikendalikan mereka (Persekutuan) tetapi apabila pergi bahagian hal infrastruktur itu, hal pentadbiran seperti pelantikan pengawal keselamatan sekolah dan pekerja kebersihan di sekolah, takkan kita tidak boleh buat sendiri. Kita boleh selesaikan di sini.

"Jadi kurangkan yang di Putrajaya, perkukuhkan yang di sini, itu kita punya desentralisasi. Kita mempertingkatkan demokrasi, maknanya sebagai pembayar cukai kita berhak untuk mendapat perwakilan untuk mengeluarkan orang yang membuat keputusan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!