Berpeluang menang RM1,000 jika daftar vaksin melalui SICP

Sallehuddin menunjukkan dua baucar membeli belah yang dimenangi dua individu bertuah pada sidang akhbar pengumuman cabutan bertuah SICP di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi Covid-19 Pahang di sini pada Isnin.
Sallehuddin menunjukkan dua baucar membeli belah yang dimenangi dua individu bertuah pada sidang akhbar pengumuman cabutan bertuah SICP di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi Covid-19 Pahang di sini pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memberikan hadiah baucar membeli-belah RM1,000 kepada rakyat Pahang yang mendaftar suntikan vaksin melalui Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang (SICP).

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, cabutan bertuah itu ditawarkan bertujuan sebagai menggalakkan lebih ramai mendaftar sebagai penerima vaksin.

Menurutnya, baucar itu boleh ditebus di dua pasar raya di negeri ini iaitu di Pasaraya Darul Makmur dan Tunas Manja.

"Hari ini, kita umumkan dua pemenang yang berdaftar pada angka 50,000 iaitu Mohd Azizi Khalid dari Peramu Jaya, Pekan dan seorang lagi, Mohd Amin Mohd Zain dari Genting Highlands pula adalah individu ke 100,000 yang berdaftar.

"Mereka boleh menuntut baucar itu di Pejabat Daerah Pekan dan Genting Highlands pada Rabu ini," katanya pada sidang akhbar pengumuman cabutan bertuah SICP di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi Covid-19 Pahang di sini pada Isnin.

Sallehuddin berkata, sehingga kini, seramai 39,762 iaitu 123 peratus mendaftarkan untuk menerima vaksin bagi fasa 1 dan ia melebihi sasaran ditetapkan.

Menurutnya, bagi fasa kedua, SICP telah menerima sebanyak 168,592 pendaftaran dan daripada jumlah itu hanya 38,000 individu yang sudah melengkapi permohonan.

Justeru katanya, permohonan itu hanya mencapai 46 peratus sahaja sasaran untuk mereka yang bersetuju untuk divaksinkan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi fasa kedua bermula 19 April ini juga kita bersedia melaksanakan dan seperti yang diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) iaitu tumpuan peringkat awal diberikan kepada penempatan orang berisiko tinggi.

"Pasukan vaksin Pahang akan pergi ke lokasi yang telah dikenalpasti bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!