Tindakan tegas jika polis salah guna kuasa

Jais Abdul Karim
Jais Abdul Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa tindakan lebih tegas dikenakan terhadap anggota dan pegawai yang terlibat dalam kes salah guna kuasa dan tatatertib berbanding tindakan pertukaran dalaman.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, perkara tersebut perlu diteliti semula supaya kesalahan yang dilakukan tidak dilakukan oleh anggota serta pegawai polis yang lain.

"Pertukaran pegawai tersebut tidak akan dapat menghentikan penyakit ‘turun temurun’ dalam PDRM ini, tindakan lebih tegas harus dilakukan.

"MCW mendesak PDRM meneliti semula arahan penangguhan pertukaran tersebut sebelum integriti para pegawai yang diamanahkan menjaga keselamatan negara dan rakyat bermaharajalela tanpa dihukum," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada 15 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, rombakan pegawai kanan polis secara besar-besaran bertujuan memberi peluang kepada pegawai polis baharu untuk menggantikan tempat mereka.

"Pertukaran pegawai kanan yang berlaku bukan kerana ada kes tertentu tetapi mereka perlu ditukarkan kerana terdapat pegawai kanan polis yang lama menetap, bertugas dan memegang sesuatu jawatan polis, di satu-satu tempat.

Sebelum ini, PDRM ada mengeluarkan kenyataan seramai 71 pegawai kanan PDRM terbabit dalam pertukaran jawatan, berkuatkuasa 12 April ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!