E-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya: MEF

Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya. (Gambar kecil: Syed Hussain)
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya. (Gambar kecil: Syed Hussain)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan tidak mempunyai alasan untuk tidak membayar gaji kepada pekerja tempatan dan asing dalam masa yang ditetapkan seperti yang diperlukan undang-undang.

“Sistem e-wages akan memastikan semua pekerja di negara ini termasuk pekerja asing dibayar gaji dan upah mengikut masanya seperti yang dijanjikan majikan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan baru-baru ini bahawa kementerian akan memperkenalkan sistem e-wages bagi memastikan setiap pekerja di negara ini termasuk warga asing dibayar gaji dan upah seperti yang dijanjikan majikan.

Sementara itu, MEF berkata, pihak Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memperhalusi sistem e-wages yang pada masa ini berada di peringkat akhir sebelum dilaksanakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!