Konflik di Afghanistan, 65 maut dalam tempoh 24 jam
KABUL - Sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dalam pertempuran dan serangan pengganas di Afghanistan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Xinhua.
"Sepanjang 24 jam lalu pasukan kami telah mendokumentasi 65 kematian, termasuk enam orang awam, 12 anggota Angkatan Pertahanan Nasional dan Keselamatan Afghanistan (ANDSF), dan 47 militan Taliban," menurut Reduction in Violence (RiV) di akaun Twitternya.
Seramai 35 orang, termasuk 18 militan Taliban, 12 anggota keselamatan dan lima orang awam juga cedera dalam tempoh tersebut.
Kematian dan kecederaan itu dilaporkan di enam daripada 34 wilayah negara yang dilanda konflik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!