Kilang perabot Bukit Gambir terbakar
TANGKAK - Sebuah kilang perabot yang membuat pemasangan kerusi dan meja hangus dalam kebakaran di Kampung Parit Medan, Bukit Gambir, malam Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Norashid Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.21 malam, sebelum 25 pegawai dan anggota dari BBP Bukit Gambir dibantu BBP Tangkak, BBP Muar, BBP Penggaram dan Pasukan Bomba Sukarela Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati api marak di kilang berstruktur separuh kekal itu.
"Dua jentera FRT dan dua jentera water digunakan dalam operasi ini selain dua jentera EMRS.
"Kebakaran itu memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan kilang tetapi tidak melibatkan mangsa kerana tiada pekerja ketika kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Jelas Norashid, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.52 tengah malam.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!