Program '100 Juta Langkah Menentang Rasuah' dilancar

Program 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ yang digerakkan syarikat penyedia teknologi sukan terkemuka, Checkpoint Spot Sdn Bhd dan Pasukan #Rasuah Busters dilancarkan pada Isnin.
Program 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ yang digerakkan syarikat penyedia teknologi sukan terkemuka, Checkpoint Spot Sdn Bhd dan Pasukan #Rasuah Busters dilancarkan pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Program 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ yang digerakkan syarikat penyedia teknologi sukan terkemuka, Checkpoint Spot Sdn Bhd dan Pasukan #Rasuah Busters dilancarkan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow berkata, program itu untuk mengumpul sokongan agar ia dapat diterjemah sebagai suara lantang rakyat Malaysia menolak rasuah.

Kata beliau, program itu juga merupakan acara pertama seumpama itu di Malaysia dan dunia.

"Menerusi program ini, peserta cuma perlu mendaftar secara percuma di satu platform yang kita sediakan.

"Dengan pendaftaran itu peserta dapat mengesan langkah harian mereka selama 30 hari dan mengikrar jumlah langkah mereka untuk tujuan memerangi rasuah," katanya.

Benjamin memberitahu, program maya itu akan berlangsung mulai hari ini hingga 30 Jun depan.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur akan bergabung untuk menyemarakkan program tersebut.

"Kami turut menambahkan unsur keseronokan dalam usaha menentang rasuah melalui acara yang dianjurkan ini.

Artikel Berkaitan:

"Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah kami dan apabila anda merujuk rakan untuk menyertai acara kami,” katanya.

Kata Benjamin, menerusi inisiatif itu pihaknya turut memberi kuasa kepada rakyat Malaysia untuk menghantar mesej bahawa pihaknya bersatu dalam solidariti dan berjalan 100 juta langkah menentang rasuah.

Katanya, 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ dijayakan sepenuhnya oleh teknologi yang dibangunkan kepakaran tempatan.

Menurutnya, mesej hebat berkenaan akan menjadi benih perjuangan berterusan rakyat untuk membanteras rasuah.

Sementara itu, Hussamuddin berkata, 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah' menjadi platform untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan semua rakyat Malaysia mengenai keruntuhan moral yang disebabkan oleh rasuah.

Katanya, dalam program itu setiap rakyat Malaysia diberi kuasa untuk mengatakan tidak terhadap rasuah dan ini adalah pemerkasaan yang dapat melibatkan seluruh keluarga setiap rakyat Malaysia.

"Semangat kebersamaan dalam program ini akan menjadi pencetus untuk mendorong perubahan yang sangat kurang di Malaysia.

"Ini akhirnya akan membawa kepada perubahan dalam #NilaiMoralKarakterBangsa," katanya.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama mengikuti program itu untuk menyatakan tidak kepada rasuah di mana pendaftaran boleh dibuat di https://cps4.me/100juta.

ARTIKEL BERKAITAN: #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 'Coalition of the Willing'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!