Peniaga bazar Ramadan bimbang modal hangus

Peniaga memasang peralatan sebagai persiapan pembukaan bazar Ramadan di Dataran Drawbridge pada Selasa. Gambar kecil dari kiri: Mohd Azwan, Norfishah
Peniaga memasang peralatan sebagai persiapan pembukaan bazar Ramadan di Dataran Drawbridge pada Selasa. Gambar kecil dari kiri: Mohd Azwan, Norfishah
A
A
A

KUALA NERUS - Peniaga bazar Ramadan di sini berharap pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19 yang dikhuatiri menyukarkan mereka untuk meneruskan perniagaan.

Peniaga bazar Ramadan di dataran Drawbridge, Norfishah Mohd Noor, 41 dari Kampung Wakaf Tengah bimbang kerana tahun ini merupakan pengalaman pertama dia berniaga di bazar Ramadan.

Katanya, sebanyak RM30,000 telah dibelanjakan bagi kos keseluruhan termasuk sewa tapak di lapan gerai jualan sushi di lapan lokasi berbeza di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Saya belum ada pengalaman berniaga di bazar Ramadan kerana sebelum ini hanya membuka gerai di Dataran Austin.

"Tahun ini ada rezeki berniaga di bazar Ramadan di lapan lokasi iaitu di Pasar Kem Teluk Ketapang, Pantai Teluk Ketapang, Batu Buruk, Xiri Gong Datuk, Gong Badak, Pasar Mnir dan di lokasi ini di drawbridge.

"Bagaimanapun saya bimbang berlaku kluster berpunca daripada bazar Ramadan yang sudah pasti memberi impak negatif kepada peniaga," katanya.

Sementara itu, Mohd Azwan Mat Husain, 32, berkata, dia juga menimba pengalaman pertama berniaga di bazar Ramadan berhampiran Drawbridge.

"Kita jangka akan menjual 11 hingga 12 jenis air termasuk air mangga, tembikai, oren, epal, kiwi, anggur dan lain-lain dengan harga RM3 sebungkus.

Artikel Berkaitan:

"Bagi memastikan semua pengunjung mematuhi SOP dan kawasan ini tidak sesak, air akan dibungkus terlebih dahulu dan pelanggan hanya datang untuk memilih air yang dijual," katanya.

Difahamkan, seramai 60 hingga 70 peniaga akan berniaga di Bazar Ramadan Drawbridge yang pertama kali diadakan dengan kos sewa tapak sebanyak RM650 setiap seorang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!