Rakyat Malaysia 'kuat' layari laman sosial

Internet membantu memudahkan banyak urusan dalam kehidupan seharian.
Internet membantu memudahkan banyak urusan dalam kehidupan seharian.
A
A
A

INTERNET bukan lagi satu kehendak dalam kehidupan hari ini. Sebaliknya, teknologi tersebut merupakan satu keperluan bagi setiap individu. Keberadaannya membantu memudahkan banyak urusan dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, penggunaan teknologi tersebut secara individu meningkat 5.4 peratus daripada 84.2 peratus pada 2019 kepada 89.6 peratus pada 2020.

Penggunaannya tidak terbatas untuk mencari maklumat semata-mata, malah ia turut melibatkan aktiviti hiburan dan sosial orang ramai.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, aktiviti penggunaan internet yang paling popular pada 2020 adalah menyertai rangkaian sosial sebanyak 98 peratus.

“Ini diikuti oleh aktiviti muat turun filem, gambar, muzik, video dan main permainan yang meningkat sebanyak 87.9 peratus, cari maklumat barang/perkhidmatan (85.4 peratus), buat panggilan melalui internat/VoIP (81.2 peratus) dan muat turun perisian atau aplikasi (78.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan perkembangan internet yang pesat di Malaysia, tahap celik rakyat berkaitan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada tahun lalu.

Mohd Uzir berkata, kemahiran komputer yang menunjukkan peratusan tertinggi pada 2020 adalah menggunakan teknik menyalin dan menampal untuk pendua atau memindahkan maklumat di dalam satu dokumen iaitu sebanyak 87.7 peratus berbanding 81.8 peratus pada 2019.

Artikel Berkaitan:

“Ini diikuti oleh aktiviti menyalin atau memindahkan fail atau folder (86.4 peratus), menghubungkan dan memasang peranti baharu (72 peratus), menghantar e-mel berserta fail (69 peratus) dan memindahkan fail di antara komputer dan peranti mudah alih lain (68.3 peratus).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!