Bekalan vaksin Covid-19 melebihi pendaftaran PICK pada Jun: Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan vaksin negara bakal melebihi jumlah pendaftaran dalam Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Kebangsaan pada Jun ini, kata Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Garisan hijau (merujuk kepada graf status pembekalan dan permintaan vaksin negara) adalah jadual penghantaran semua vaksin yang Malaysia telah perolehi. Garisan kuning status pendaftaran sekarang. Garisan biru muda sasaran PICK.

“Bekalan akan mula melebihi pendaftaran pada Jun,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa yang turut disertakan dengan graf mengenai status pembekalan dan permintaan vaksin negara.

Graf status bekalan dan permintaan vaksin negara yang dikongsikan Khairy dalam ciapan di twitternya pada Selasa.
Graf status bekalan dan permintaan vaksin negara yang dikongsikan Khairy dalam ciapan di twitternya pada Selasa.

Khairy berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai waktu pemberian vaksin mula diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah mendaftar untuk pengambilan vaksin.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut mengulangi keyakinannya terhadap kebolehan kerajaan untuk mencapai sasaran pemberian vaksin kepada 80 peratus rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pada Isnin, Khairy berkata, Fasa kedua PICK akan diteruskan seperti dirancang bermula 19 April ini walaupun negara berhadapan dengan proses penerimaan vaksin yang perlahan.

Menurutnya, ketika ini Malaysia telah mendapat sebanyak 1.37 juta dos vaksin Covid-19 dengan negara dijangka akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech secara berperingkat pada bulan ini, iaitu 133,380 dos pada 14 April, 31,590 pada 15 April dan 12,870 pada 16 April.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!