Fitnah perkara serius dalam kehidupan ahli politik: Zambry

Zambry Abdul Kadir
Zambry Abdul Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan fitnah merupakan satu perkara yang sangat serius dalam kehidupan ahli politik.

Beliau berkata, ini kerana fitnah akan membentuk persepsi atau tanggapan oleh rakyat terhadap ahli politik berkenaan.

“Kesan daripada fitnah ini terhadap seorang ahli politik ialah persepsi itu dibina terlebih dahulu. Soal selepas itu, benar atau palsu soal kedua.

“Tetapi dalam tempoh rangka waktu tertentu katakan selagi ia bertebaran, tidak ada penerangan yang jelas, ia akan terus tersebar dan membentuk pandangan atau perspektif rakyat terhadap seseorang ahli politik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-247 bertajuk ‘Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik’ yang disiarkan menerusi dalam talian pada Selasa.

Dari kiri: Ismail Adnan, Fahmi Fadzil (tengah) dan Dr Syed Agil ketika Wacana Sinar Harian Siri Ke-247 membincangkan tajuk Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik, yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Dari kiri: Ismail Adnan, Fahmi Fadzil (tengah) dan Dr Syed Agil ketika Wacana Sinar Harian Siri Ke-247 membincangkan tajuk Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik, yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Wacana turut menampilkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Artikel Berkaitan:

Zambry yang merupakan bekas Menteri Besar Perak berkata, apabila sesuatu fitnah itu dikeluarkan dan kemudiannya didapati tidak benar, akan ada sekelompok orang yang tetap mempercayainya.

“Bahawa ia tetap berlaku atas andaian bahawa cerita itu cuba diselindungkan oleh pihak-pihak tertentu. Dan inilah sebenarnya cabaran ke atas seorang ahli politik,” katanya.

Menurutnya, cabaran untuk menangani masalah fitnah pada zaman ini adalah lebih besar berbanding dahulu.

“Kalau zaman dahulu seperti surat layang dan berita-berita yang disampaikan nak sampai daripada satu tempat ke satu tempat biasanya mengambil masa.

“Tetapi pada hari ini, beberapa saat sahaja sudah boleh sampai ke mana-mana dan ia juga dibantu dengan teknologi atau alat contohnya yang kita dengar hari ini sudah ada pengklonan suara dan sebagainya," ujar beliau.

Bagaimanapun katanya, telah ada juga teknologi yang dapat mensahihkan perkara berkenaan.

“Untuk bertanya kepada saya apakah ada kaedah-kaedahnya bagi saya tentunya kerajaan dan juga dalam pasaran mempunyai alat-alat yang mensahihkan sesuatu.

“Tapi ia perlu kita lihat dalam konteks samada utuk mengena lpasti si pelakunya dan apakah langkah-langkah susulan terhadap sesuatu perkara yang dibuat itu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!