Sesat hampir 20 jam, 14 pendaki ditemui keletihan

Tindakan sekumpulan 14 pendaki memasuki Gua Kelam Tiga di sini, tanpa kebenaran mengundang padah apabila mereka sesat hampir 20 jam sebelum ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Tindakan sekumpulan 14 pendaki memasuki Gua Kelam Tiga di sini, tanpa kebenaran mengundang padah apabila mereka sesat hampir 20 jam sebelum ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR).
A
A
A

PADANG BESAR - Tindakan sekumpulan 14 pendaki memasuki Gua Kelam Tiga di sini, tanpa kebenaran mengundang padah apabila mereka sesat hampir 20 jam sebelum ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, kesemua pendaki berumur antara 18 hingga 30 tahun itu ditemukan di kolam pertama di Gua Kelam Tiga dalam keadaan keletihan.

“Semua pendaki yang terdiri daripada 10 lelaki dan empat perempuan itu telah diberi rawatan dan berjaya dibawa keluar pada 2.30 petang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Bernama sebelum ini melaporkan 14 pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga sejak petang semalam.

Saifudin berkata semua pendaki akan dibawa ke Balai Polis Kaki Bukit untuk memberi keterangan sebelum tindakan seterusnya diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs).

“Kita serah kepada Pengarah Perhutanan Negeri Perlis untuk mengambil tindakan selanjutnya sama ada ingin membuka kertas siasatan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhutanan Negeri Perlis Awang Shaffie Awang Ahmadni ketika dihubungi berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan terhadap 14 pendaki itu kerana telah memasuki hutan tanpa kebenaran.

“Kita akan membuka kertas siasatan di bawah Enakmen Akta (Permakaian) Akta Perhutanan Negara 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Saifudin berkata polis menerima laporan pada 6.50 pagi dan berjaya mengenal pasti lokasi pendaki apabila berjaya menghubungi mangsa yang sesat pada 9.30 pagi tadi.

Operasi SAR bermula pada 11 yang dianggotai 18 orang daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan pemandu arah, katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 14 pendaki sesat di Gua Kelam Tiga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!