Putera Hamzah tidak akan dibicarakan
AMMAN - Perdana Menteri Jordan, Bisher al-Khasawneh menafikan berlaku plot ‘rampasan kuasa’ untuk menggulingkan Raja Abdullah II.
Media tempatan pada Isnin memetik kenyataan beberapa ahli Parlimen juga mengesahkan bekas Putera Mahkota, Hamzah Hussein juga tidak akan dibicarakan walaupun seramai 16 individu berprofil tinggi yang ditahan sebelum ini mungkin dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Ayman Safadi mendakwa Putera Hamzah bersekongkol dengan entiti asing untuk menggugat kestabilan dan keselamatan negara itu berdasarkan beberapa bukti yang diperoleh mereka.
Bagaimanapun, Raja Abdullah mengesahkan krisis tersebut telah berakhir malah pemerintah terbabit juga bersama Hamzah ketika menziarahi pusara keluarga diraja di Amman pada akhir minggu lalu beberapa hari selepas adiknya itu menzahirkan taat setia kepada beliau menerusi surat ditandatanganinya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!