Maqis rampas 28,350 bawang merah dari Thailand

Bawang merah dari Thailand dianggarkan bernilai RM 251,194 dirampas Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pada Isnin.
Bawang merah dari Thailand dianggarkan bernilai RM 251,194 dirampas Maqis di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas bawang merah dari Thailand sebanyak 28,350 kilogram (kg) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor di sini pada Isnin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, pemeriksaan rutin yang dijalankan pegawai penguasa Maqis kira-kira jam 11.30 pagi telah menahan sebuah kontena membawa bawang merah dianggarkan bernilai RM 251,194.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati dokumen yang dikemukakan tersebut adalah berbeza dengan label yang terdapat pada bawang merah berkenaan.

"Kontena tersebut membawa masuk bawang merah sebanyak 28,350kg yang bernilai dianggarkan RM251,194," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pegawai Maqis menunjukkan bawang merah dari Thailand yang dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pada Isnin.
Pegawai Maqis menunjukkan bawang merah dari Thailand yang dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pada Isnin.

Menurut Hizzuan, produk berkenaan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

"Jika sabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM75,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, Maqis turut menasihati semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!