Brunei mula berpuasa pada Rabu
BANDAR SERI BEGAWAN - Sebanyak 12 das tembakan meriam dilepaskan menandakan bermulanya 1 Ramadan di Brunei Darussalam yang ditetapkan pada Rabu.
Portal berita BruDirect.com melaporkan penetapan itu dibuat selepas pengumuman dibuat menerusi stesen TV dan radio seluruh negara setelah anak bulan kelihatan pada malam Selasa sekali gus menyaksikan solat sunat tarawih mula diadakan di masjid dan surau di seluruh negara.
Langkah pembukaan semula masjid dan surau itu dibuat selepas Bandar Seri Begawan berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19.
Ketika Ramadan pada tahun lalu, ancaman wabak itu menyebabkan Muslim di negara tersebut disarankan menunaikan solat tarawih dan bertadarus al-Quran di rumah masing-masing.
Difahamkan, Brunei antara beberapa negara termasuk Oman, Iran dan India yang mula melaksanakan Rukun Islam Ketiga itu pada Rabu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!